Berehat di Pulau Chekas
9 Disember 2008 selepas sehari menyambut hari raya Aidil Adha kami sekeluarga telah pergi bercuti di Pulau Chekas yang terletak di Ulu Dong Raub Pahang. Sebenarnya dah lama kami bercadang nak pergi kesana setelah mendengar kawan-kawan yang telah bercuti disana. Tetapi kali ini barulah hajat kami tercapai. Pulau Chekas ni terletak kira-kira 30 KM dari bandar Raub. Kawasan nya sangat cantik masih semulajadi. Kami sekeluarga pergi kesana tanpa seorang ahli keluarga kerana sedang belajar di India.
Kami sampai disana lebih kurang pukul l.00pm. Oleh kerana semua chalet penuh dan sementara menunggu kosong kami keluar semula ke pekan Raub untuk makan tengahhari.
Selepas makan tengahhari kami singgah di supermaket untuk membeli barang makan untuk dimasak bagi hidangan makan malam.
Oleh kerana hari tu ialah hari selasa maka hanya kami sekeluarga sahaja yang menginap di chalet tersebut. Tuan punya chalet telah bermurah hati membenarkan kami menggunakan peralatan mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran. Petang nya kami sekeluarga pergi ke sungai untuk mandi. Permandangan di sungai Chekas ini sangat cantik dengan air yang mengalir dicelah-celah batu-batu. Aliyah, Syahirah, Mukram, Firah dan Abah semuanya mandi. Kecuali mama dan Akmal hanya berendam kaki sahaja. Air nya sangat sejuk umpama air dari dalam peti ais.

Malamnya mama memasak di tengah laman sambil mendengar bunyi deruan air tanpa rasa takut. Kalau kat KL ni pasti takut maklumlah masak ditengah laman. Sungguh seronok rasanya. Malam tu mama masak nasi berlaukkan kerang rebus dicecah dengan kicap cili padi, sup cendawan bersama fishball dan goreng chicken nugget. Oh enak sungguh.....