18 Oktober 2009 genaplah 9 tahun umur anak bongsu saya. Sempena dengan akhir Shawal dan tarikh lahir Aliyah yang jatuh pada tarikh yang sama maka saya buatlah sedikit jamuan untuk dia. Selalunya bila tiba hari jadinya saya hanya beli kek dan kami raikan sekeluarga saja. Tapi kali ni buatlah sedikit jamuan. Ramai jugalah yang datang. Akmal jemput kawan-kawan dia, Firah jemput kawan dia , Abah pun jemput juga beberapa orang kawan sepejabat dia, begitu juga Syahirah dan Aliyah jemput juga kawan-kawan dia. Saya cuma jemput adik beradik dan emak saudara serta dan jiran-jiran sebelah rumah (tapi jiran tak datang mungkin ada hal agaknya.. agak kecewa juga).
Sehari sebelumnya saya berbelanja membeli bahan nak masak. Saya bercadang nak masak Nasi Dagang dan Laksam saja. Tambah lah menu lain seperti nugget, wages, kek, buah-buahan serta keropok lekor. Nasi dagang saya buat lauk ayam dan ikan tongkol.
Walaupun buat kecilan sahaja letihnya sama macam buat besar-besaran. Nasib baiklah ada pembantu rumah dialah yang banyak menolong. Oleh kerana majlis bermula pukul 5 ptg , jadi penatnya hingga kemalam. Sebab masih ada tetamu datang waktu malam.
Selamat hari jadi untuk anakku yang comel ini. Semoga Allah panjang umur dan selamat dunia dan akhirat.
Antara kawan Firah yang hadir
Aliyah dan Pak Edi